coretan ini aku tujukan khas buat sahabatku yang sedang menangis kecewa...menangis derita...menangis kerana sengsara....yang sedang menangis, merintih dalam hati kerana seorang LELAKI....
wahai sahabatku....
hapuskan airmatamu....lenyapkan kesedihanmu...kembalikan keceriaanmu...kerana kau lebih berhak untuk gembira...kerana kau lebih berhak untuk ketawa..kerana kau lebih berhak untuk bahagia...
ingatlah wahai sahabatku...
menitiskan airmata tidak akan merubah segala yang terjadi....tidak akan kembalikan kebahagiaanmu seperti dulu...anggaplah apa yang berlaku itu satu pengajaran dari Allah...pengajaran kerana kealpaan kita...pengajaran kerana kelalaian kita...kerana kita selalu terlupa untuk berdoa padaNYA....
Allah itu maha adil...maha mengetahui apa yang terbaik buat kita....
kita sebagai umatNYA hanya perlu beringat...bila datangnya bahagia,bila dapatnya kekayaan...semua itu dari ALLAH...jadi kita panjatkan lah setinggi2 doa kepadaNYA....kerana sekelip mata DIA beri dan tidak mustahil sekelip mata juga DIA boleh tarik segala2nya....
wahai sahabatku yang sedang terluka...senyumlah...hiasilah wajahmu dengan mengukir senyuman...:)
aku juga derita..aku juga terluka...tetapi dengan senyuman dapat mengubat segalanya.....
ingatlah..apa yang berlaku sudah tertulis...sudah tersurat...
semoga kita lebih kuat...lebih cekal menghadapi segalanya...kerana ALLAH sentiasa ada bersama2 kita....:)
wassalam........
No comments:
Post a Comment