Popular Posts

Friday, 2 December 2011

Bicara tentang cinta....:)

Salam semua....hujan malam ni...sejuk,mata pulak xmengantuk..bosan2 saja taip post..:)
tempat luah perasaan yang tersurat dan tersirat...

kalau nak bicara tentang cinta aku pun xbape pandai sebab aku sendiri tak memiliki cinta...
cinta yang ada hanya pada Allah SWT...cinta pada keluarga...cinta pada diri sendiri...
kalau cakap pasal cinta ramai yang suka...kekadang boleh gosip...kekadang fikiran melayang sebab berangan saat2 bahagia bercinta....:)
aku pun sama jugak...hehehe...tapi semua tu da cite lama....da buang jauh segala perasaan tu...
terpaksa buang segala rasa tu...untuk kepentingan semua pihak...( mungkin kot )...
tak pelah berkorban sikit kan untuk kebahagiaan orang lain...:) terpaksa redha...bukan redha ngan rela hati tapi dalam keadaan terpaksa hehehe...xpela nanti lelama ok la kot perasaan ni...

orang kata berkorban untuk orang yang tersayang..asalkan dia bahagia kita terima derita pun sanggup...
boleh pakai ke pepatah tu?? kalau kita berkorban kebahagiaan kita...korban air mata..korban hati dan perasaan yang kita semai selama dengannya..macam tu je kita nak buang..semata2 untuk jaga hati dan perasaan orang lain,nak dia bahagia ngan pilihan dia...tapi adakah mereka tu fikir akan hati dan perasaan kita pulak?fikir adakah kita akan bahagia bila buat camtu?terfikir ke mereka yang kita ni bersulam air mata semata2 nak mereka gembira..eerrmm...entahla...tak terjawab rasanya...

pada aku...kalau dia lebih bahagia dengan pilihannya,biarlah dia pergi cari bahagianya...kejar cinta yang dia dambakan...kecap kebahagiaan yang dia harapkan kerana mungkin aku tak mampu untuk beri apa yang dia  
inginkan...kerana aku hanya insan biasa yang banyak kekurangan daripada kelebihan...

InsyaAllah satu hari juga aku akan jumpa bahagia aku,
Allah kan Maha mengetahui apa yang terbaik...:)
jadi jangan berhenti merintih,merayu dan berdoa pada Allah SWT kerana daripada dia lah yang datang segala kebaikan dan keburukan.....:)

Ok sampai sini je....lainkali sambung lagi...:)




No comments:

Post a Comment