Popular Posts

Tuesday, 20 December 2011

ku berserah...ku berpasrah...

teringat dengan senikata lagu OPICK~tiada duka yang abadi~
tiada duka yang kekal abadi kerana pasti suatu hari ada sinar yang menanti....
Tuhan sentiasa tahu apa yang terbaik buat umatNYA...

jadi sahabat...tidak terkecuali diriku yang sedang terluka kerana CINTA...
redha dengan apa yang terjadi....berserah dengan ketentuan ALLAH....
pasti ada bahagia yang menanti kita dihadapan....
hanya bersabar,berdoa dan bertawakal kepadaNYA yang MAHA ESA....

salam.....:)


Sunday, 11 December 2011

Abah......lelaki yang ku sanjung...

Aku mulai dengan bismillah.......
terasa seperti semalam pemergian abah.....terasa begitu singkat masa bersama abah....
gelak tawa,senyuman,gurauan abah...masih terngiang2 di telinga dan minda..
terlalu cepat abah pergi sebelum kami merasa hangatnya kasih sayang abah....
terlalu cepat abah pergi meninggalkan kami yang masih kecil...yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah....

Abah....
anakmu ini terlalu rindu pada belaian mu...pada hangatnya kasih sayangmu....
abah pergi mengadap ILLAHI.....kerana Allah lebih sayangkan abah....
deraian airmata sahaja sebagai pengubat rindu pada abah....
titipan doa mengiringi pemergian abah.....
Abah peribadimu terlalu mulia bagiku...pergimu meninggalkan seribu kesan dalam hati..

Abah...
akan ku sentiasa iringi airmata ini dengan doa....semoga roh mu dicucuri rahmat....
ditempatkan dikalangan yang beriman....amin.....


RINDU PADA ABAH TIDAK AKAN BERAKHIR...
AKAN KU SEMAT DALAM HATI SEGALA KENANGAN WALAUPUN UNTUK SEKETIKA...
ABAH...LELAKI YANG KU SANJUNG.......


ALFATIHAH BUAT ABAH..

Friday, 9 December 2011

Maafkan Aku.......

tetiba harini rasa bersalah sangat kat hati ni.....xtaula nape...
mungkin da terlalu banyak salah aku pada orang sampai aku rasa xselesa harini...
hati rasa begitu berat rasa salah....
maafkan aku kerana tersilap kata....maafkan aku kalau terkasar bahasa....
maafkan aku jika aku xsedar silap ku dalam terang...maafkan aku kalau aku xhiraukan perasaan orang lain...
maafkan aku kalau aku pentingkan diri tanpa mementingkan perasaan orang lain....

Ya ALLAH.....
berdosanya aku rasa.....
ampunkanlah aku Ya Allah jika aku xmemikirkan kepentingan orang lain....tunjukkan aku jalan yang betul Ya Allah......

Pada semua kenalan ku,maafkan kiranya aku ada menyinggung hati dan perasaan anda semua.....
MAAFKAN AKU......:(




Wednesday, 7 December 2011

Wanita dan air mata.....

kenapa wanita sering mengalirkan airmata..?
kenapa wanita begitu lemah ketika derita...?
kenapa airmata menjadi peneman wanita dikala duka..?
erm...wanita mudah mengalirkan airmata walaupun untuk perkara yang kecil...wanita menangis kerana duka,wanita menagis kerana derita,wanita juga menangis kerana gembira....
sukar untuk mentafsirkan ia...tetapi itulah WANITA...yang tidak lekang dengan airmata....

Wanita kuat kerana airmata menceritakan segala-galanya....
airmata menjadi luahan rasa bagi wanita....
wanita menangis untuk melepaskan segalanya....untuk meluahkan perasaannya.....

begitu mudah bagi wanita mengalirkan airmata....tetapi adakah linangan airmata seorang wanita dihargai sepenuhnya oleh seseorang bernama LELAKI..?mungkin iya...ataupun mungkin tidak pernah dihiraukan....
benarkah lelaki akan lemah melihat airmata wanita..?mungkin juga...ataupun mungkin tidak...

walau apapun tanggapan semua...airmata wanita seharusnya dihargai...kerana hati seorang wanita terlalu halus untuk menghadapi kedukaan,kekecewaan dan kesengsaraan hanya kerana CINTA......
hargailah wanita yang menghargaimu kerana APABILA AIRMATA TIADA LAGI MENGALIR DIMATA WANITA,ITU MENANDAKAN MATANYA TIDAK LAGI MEMANDANGMU...KERANA MATANYA TELAH TERTUTUP UNTUK MENCINTAIMU.....hatinya telah menolak untuk menyayangimu lagi......tiada lagi airmata untukmu....kerana pada saat dan ketika itu,airmata kegembiraan telah mengalir di pipi seorang wanita apabila dia telah menemui CINTA SEJATI yang terbaik khas untuknya anugerah dari ALLAH swt.......:)

Renungkanlah wahai sahabat......
TERIMA KASIH AWAK...KERANA BUAT HATI SAYA CEKAL MENGHADAPI KEKECEWAAN...TERIMA KASIH AWAK KERANA BUAT SAYA TABAH MENITI HARI MENDATANG...TERIMA KASIH AWAK KERANA BERI SAYA DERITA INI..SUDAH SEMESTINYA SAYA AKAN LEBIH KUAT DARI SEBELUMNYA....TERIMA KASIH AWAK KERANA  AWAK TELAH MEMBUKTIKAN YANG AWAK BUKAN TERBAIK UNTUK SAYA.....http://facebook.com/fizahmohddin

St12-jangan Pernah Berubah Mp3 | MusicDumper.com - Free MP3 Downloads, Music Search and Embed Codes for your Profile!

St12-jangan Pernah Berubah Mp3 | MusicDumper.com - Free MP3 Downloads, Music Search and Embed Codes for your Profile!

Saturday, 3 December 2011

DOA BUATMU SAYANG.....

Aku mulai dengan Bismillah dan Alhamdulillah....
Alhamdulillah kerana semuanya berlaku....sesuatu yang berlaku tanpa kerelaanku...tanpa dugaku...tanpa pintaku...kau datang sekelip mata...kau pergi sekelip mata....pergi jauh berlalu dari hidupku....
masih terngiang2 ucapan kasih...cinta...sayang dan rindu yang kau luahkan padaku....

Sayang...terima kasih kerana beriku segala rasa ini....segala rasa yang tak mungkin aku dapat lupa...
inilah takdir cintaku...pengakhiran sayangku padamu....akan aku tutup mata ini untuk melihat segalanya...akan aku tutup hati ini untuk menerima segalanya....

Aku berundur bukan kerana aku kalah...aku berlalu bukan kerana aku tiada hati dan perasaan...
aku mohon pada tuhan semoga kau berubah untuk menerima ku seadanya....terimaku untuk kedua kalinya....aku menagih rasa tanpa belas sesiapa......cukuplah apa yang aku rasa...apa yang aku hadapi...aku akan berlalu pergi jauh darimu...akan ku buang seribu rasa ini jauh dari hatiku....seperti mana kau telah buang jauh segala2nya tentangku......maafkan aku kerana kekuranganku...maafkan aku kerana aku tidak mampu membahagiakan mu......

Doa buatmu sayang...
Aku bermohon padamu ya ALLAH kau berilah yang terbaik untuk kami.....
terbaik buat hidup kami.....
sayang...pergilah kejar bahagimu...aku izinkan kau berlalu dariku...buanglah rasa cintaku..buanglah rasa sayangku jauh dari hidupmu.....aku izinkan......


dan aku mohon DOA BUAT DIRIKU...
ya ALLAH kau kuatkan hatiku...cekalkan hatiku...izinkan aku mengecap kebahagiaan tanpa ianya berlalu pergi lagi dariku.......

AMIN....... 

Jangan menangis sayang....:)

coretan ini aku tujukan khas buat sahabatku yang sedang menangis kecewa...menangis derita...menangis kerana sengsara....yang sedang menangis, merintih dalam hati kerana seorang LELAKI....

wahai sahabatku....
hapuskan airmatamu....lenyapkan kesedihanmu...kembalikan keceriaanmu...kerana kau lebih berhak untuk gembira...kerana kau lebih berhak untuk ketawa..kerana kau lebih berhak untuk bahagia...

ingatlah wahai sahabatku...
menitiskan airmata tidak akan merubah segala yang terjadi....tidak akan kembalikan kebahagiaanmu seperti dulu...anggaplah apa yang berlaku itu satu pengajaran dari Allah...pengajaran kerana kealpaan kita...pengajaran kerana kelalaian kita...kerana kita selalu terlupa untuk berdoa padaNYA....

Allah itu maha adil...maha mengetahui apa yang terbaik buat kita....
kita sebagai umatNYA hanya perlu beringat...bila datangnya bahagia,bila dapatnya kekayaan...semua itu dari ALLAH...jadi kita panjatkan lah setinggi2 doa kepadaNYA....kerana sekelip mata DIA beri dan tidak mustahil sekelip mata juga DIA boleh tarik segala2nya....

wahai sahabatku yang sedang terluka...senyumlah...hiasilah wajahmu dengan mengukir senyuman...:)
aku juga derita..aku juga terluka...tetapi dengan senyuman dapat mengubat segalanya.....
ingatlah..apa yang berlaku sudah tertulis...sudah tersurat...

semoga kita lebih kuat...lebih cekal menghadapi segalanya...kerana ALLAH sentiasa ada bersama2 kita....:)

wassalam........


Friday, 2 December 2011

Soal Jodoh....

Jodoh.....ermm...payah nak cite ni..:)

orang selalu cakap 'JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN'...memang betul..Allah yang tentukan kita berpasangan,cuma beza nya antara cepat ngan lambat je..macam aku la kan..hehehe da terlajak sikitla..nak buat camane kan seru belum tiba...sampai je seru nanti aku terus sahut je...xda tunggu lagi..:p
tak terkecuali aku ada juga la kengkawan aku yang lambat sikit seru jodoh mereka...xpe kan kengkawan,sabar tu kan separuh daripada iman...
nak mencari jodoh ni bukan senang..kalau dapat yang elok Alhamdulillah bersyukur sangat...tapi kalau dapat yang sebaliknya macamne kan..??semua tu kuasa Tuhan...kalau da tertulis kena hadapi rumahtangga yang porak peranda tidak bahagia terpaksa juga kita hadapi kan...tapi mohon pada Allah mintak jauh semua tu...maksudnya mereka yang menghadapi situasi macamtu seorang yang kuat.tabah,cekal untuk harungi dugaan Allah pada mereka.Allah takkan bagi dugaan kalau kita tak mampu nak hadapinya kan ..??:)

Macamtu gak ngan aku...dugaan demi dugaan tapi Alhamdulillah aku akan terus harungi dengan tabah...bila datang dugaan hati kita ni pun makin kuat...lagi lah kita ni beringat..kalau tak time susah je nak ingat Allah...:)
Jodoh Allah tentukan...dengan siapa..dimana..bila.. hanya DIA yang tahu...

Soal jodoh ramai yang suka sebab nak gosip...tak kesah la lelaki atau perempuan...tua atau muda..kalau bab jodoh mesti boleh jadi isu..tak sah kalau tak tanya soalan'Bila ko nak kawen ni?'...."Bila nak langsung?"..
bila tanya soalan camtu macam diorang tak tahu lak JODOH Allah tentukan...patutnya tanyala soalan.."jangan lupa jemput majlis nanti kalau da ada perancangan untuk berumahtangga..." kan sedap sikit dengar tu...bukan kita mintak untuk lambat jodoh...bertawakal je tak cukup mesti seiring dengan doa dan usaha betul tak...? so...pada kengkawan2 aku yang seangkatan dengan aku...marilah kita bersama2 berdoa...bertawakal..dan berusaha untuk cari jodoh terbaik buat diri masing2...

Aku yakin Allah adil dalam segala hal di dunia dan di akhirat kelak...setiap orang dijadikan berpasang2..
hanya tunggu waktu dan ketika nya sahaja....:)
Bicara tentang cinta....:)

Salam semua....hujan malam ni...sejuk,mata pulak xmengantuk..bosan2 saja taip post..:)
tempat luah perasaan yang tersurat dan tersirat...

kalau nak bicara tentang cinta aku pun xbape pandai sebab aku sendiri tak memiliki cinta...
cinta yang ada hanya pada Allah SWT...cinta pada keluarga...cinta pada diri sendiri...
kalau cakap pasal cinta ramai yang suka...kekadang boleh gosip...kekadang fikiran melayang sebab berangan saat2 bahagia bercinta....:)
aku pun sama jugak...hehehe...tapi semua tu da cite lama....da buang jauh segala perasaan tu...
terpaksa buang segala rasa tu...untuk kepentingan semua pihak...( mungkin kot )...
tak pelah berkorban sikit kan untuk kebahagiaan orang lain...:) terpaksa redha...bukan redha ngan rela hati tapi dalam keadaan terpaksa hehehe...xpela nanti lelama ok la kot perasaan ni...

orang kata berkorban untuk orang yang tersayang..asalkan dia bahagia kita terima derita pun sanggup...
boleh pakai ke pepatah tu?? kalau kita berkorban kebahagiaan kita...korban air mata..korban hati dan perasaan yang kita semai selama dengannya..macam tu je kita nak buang..semata2 untuk jaga hati dan perasaan orang lain,nak dia bahagia ngan pilihan dia...tapi adakah mereka tu fikir akan hati dan perasaan kita pulak?fikir adakah kita akan bahagia bila buat camtu?terfikir ke mereka yang kita ni bersulam air mata semata2 nak mereka gembira..eerrmm...entahla...tak terjawab rasanya...

pada aku...kalau dia lebih bahagia dengan pilihannya,biarlah dia pergi cari bahagianya...kejar cinta yang dia dambakan...kecap kebahagiaan yang dia harapkan kerana mungkin aku tak mampu untuk beri apa yang dia  
inginkan...kerana aku hanya insan biasa yang banyak kekurangan daripada kelebihan...

InsyaAllah satu hari juga aku akan jumpa bahagia aku,
Allah kan Maha mengetahui apa yang terbaik...:)
jadi jangan berhenti merintih,merayu dan berdoa pada Allah SWT kerana daripada dia lah yang datang segala kebaikan dan keburukan.....:)

Ok sampai sini je....lainkali sambung lagi...:)