kenapa wanita sering mengalirkan airmata..?
kenapa wanita begitu lemah ketika derita...?
kenapa airmata menjadi peneman wanita dikala duka..?
erm...wanita mudah mengalirkan airmata walaupun untuk perkara yang kecil...wanita menangis kerana duka,wanita menagis kerana derita,wanita juga menangis kerana gembira....
sukar untuk mentafsirkan ia...tetapi itulah WANITA...yang tidak lekang dengan airmata....
Wanita kuat kerana airmata menceritakan segala-galanya....
airmata menjadi luahan rasa bagi wanita....
wanita menangis untuk melepaskan segalanya....untuk meluahkan perasaannya.....
begitu mudah bagi wanita mengalirkan airmata....tetapi adakah linangan airmata seorang wanita dihargai sepenuhnya oleh seseorang bernama LELAKI..?mungkin iya...ataupun mungkin tidak pernah dihiraukan....
benarkah lelaki akan lemah melihat airmata wanita..?mungkin juga...ataupun mungkin tidak...
walau apapun tanggapan semua...airmata wanita seharusnya dihargai...kerana hati seorang wanita terlalu halus untuk menghadapi kedukaan,kekecewaan dan kesengsaraan hanya kerana CINTA......
hargailah wanita yang menghargaimu kerana APABILA AIRMATA TIADA LAGI MENGALIR DIMATA WANITA,ITU MENANDAKAN MATANYA TIDAK LAGI MEMANDANGMU...KERANA MATANYA TELAH TERTUTUP UNTUK MENCINTAIMU.....hatinya telah menolak untuk menyayangimu lagi......tiada lagi airmata untukmu....kerana pada saat dan ketika itu,airmata kegembiraan telah mengalir di pipi seorang wanita apabila dia telah menemui CINTA SEJATI yang terbaik khas untuknya anugerah dari ALLAH swt.......:)
Renungkanlah wahai sahabat......